Book Read Free

Singathology

Page 55

by Gwee Li Sui


  Makmang memandang burung-burung di dalam sangkarnya berganti-ganti; tekukur dan merbuk. Matanya terkebil-kebil memandang burung-burungnya, tetapi fikirannya melayang jauh. Dia memikirkan kata-kata Bang Usop dan Kak Haji Dollah, serta isterinya, Munah.

  “Abang kalau tak mikat burung... lawan bunyi burung... Kalau tak lawan bunyi burung, abang pergi ke balai, mesyuaratlah, ada aktiviti balailah, ada tolong oranglah... tapi kerja di rumah abang tak pernah tolong!”

  Makmang teringat akan leteran isterinya, kalau dia kata hendak pergi ke balai. Kemudian, Makmang akan hubungkan kata-kata teman seniornya Bang Usop dan Kak Haji Dollah.

  “Kau, Mang!” singkatan yang sering digunakan Bang Usop untuk memanggil namanya. “Aku hormatlah kau, kau ni sibuk dengan gila burung, kau sempat juga aktif dekat balai, buat kerja masyarakat. Dan kau juga aktif dengan kerja-kerja di masjid. Kalau sepanjang bulan puasa, kau rajin menolong membagi-bagi bubur kepada orang-orang yang datang mengambil bubur di masjid.” Kemudian, dia teringat pula akan kata-kata Kak Haji Dollah dengan pertanyaannya. “Macam mana engkau membagikan masa kau di balai, di masjid dan di rumah ya?”

  Dia mula bersiul-siul mengajar burung-burungnya supaya mengeluarkan suara yang merdu dan tidak putus-putus, tidak ‘pecah’ istilah yang digunakan oleh pencinta yang gila burung. Itulah bunyi burung yang akan membawa markah yang tinggi dan membawa ‘tuah’ kepada tuan punya burung yang berbunyi begitu.

  Makmang merenung jauh, melewati burung-burungnnya. Dia membayangkan wajah Bang Usop yang cengkung dan mata yang tajam apabila merenung dirinya. Bang Usop pandai mengeluarkan asap rokok daripada mulutnya yang dimuncungkan seperti dia memuncungkan bunyi ‘kong’ untuk mengajar burung-burung mengeluarkan bunyi ‘kong’ yang dikehendakinya. Makmang mencuba-cuba hendak mengeluarkan asap rokok daripada mulutnya, keluar bulat-bulat seperti cincin bergulung-gulung keluar daripada mulutnya; seperti yang dilakukan oleh Bang Usop, tetapi dia belum berjaya melakukannya. Dan, kalau Makmang terpandang akan wajah Kak Haji Dollah pula, yang sentiasa serius tetapi suka berjenaka dan pandai berhujah tentang agama, Makmang dapat membayangkan, memang Kak Haji Dollah rajin mendengar syarahan di masjid. Terpandang-pandang wajah Kak Haji Dollah dengan kopiah putih hajinya. Dia tahu dirinya tidak serajin Kak Haji Dollah yang sudah menunaikan haji dan tidak menghisap rokok pula.

  Kata Kak Haji Dollah, “Menghisap rokok itu hukumnya ‘makruh’ di sisi agama.” Natijahnya, dilakukan tak mendapat apa-apa atau sia-sia sahaja, tetapi jika ditinggalkan mendapat pahala.

  Dan dia serta Bang Usop tahu akibat menghisap rokok itu banyak keburukannya dari segi kesihatan. Bukan kesihatan diri mereka sahaja tetapi keluarga mereka dan teman-teman yang terhidu asapnya juga akan mendapat keburukannya juga. Ketika dia mengingat itu, dia menganggukkan kepalanya. Akan tetapi Makmang berasa punya kelebihan sedikit daripada kedua-dua teman seniornya itu. Mereka tidak aktif seperti dirinya. Membantu masyarakat yang memerlukan bantuan, seperti yang dilakukan olehnya bersama belia-belia masjid, membersihkan flat orang-orang kurang upaya dan memberi habuan bulanan kepada mereka.

  Malam itu Makmang tidur cepat sedikit kerana katanya kepada isterinya, dia hendak bangun cepat. Selepas solat tahajud dan Subuh, dia hendak mengajar burung-burungnya beriadah supaya burung-burung itu sihat. Jika burung-burung itu sihat, peluang burung-burung itu mengeluarkan bunyi yang dikehendaki sangat baik. Ketika Makmang masuk ke bilik air, isterinya dan dua orang anak perempuannya; seorang berumur 14 tahun dan seorang lagi berumur 12 tahun sedang menonton tv, sedang kedua-dua anak bujangnya yang berumur 16 tahun dan 10 tahun sedang bermain permainan komputer. Suara kedua-dua budak-budak itu atas mengatasi antara satu dengan yang lain. Pastilah permainan perlawanan yang sengit.

  Di biliknya, selepas solat isyak, Makmang merebahkan dirinya di atas katil. Dan ketika itu, Makmang berkhayal-khayal, jika bunyi burungnya menang hadiah pertama dia akan mendapat hadiah wang sebesar $500.00. Dengan itu, dia bercadang membeli burung yang lebih baik bakatnya untuk menjadi taruhannya dalam perlawanan-perlawanan bunyi burung yang akan datang. Khayalannya terganggu dengan hilai ketawa isterinya dan dua anak perempuan yang sedang menonton drama tv yang mereka gemari. Dan diselang pula dengan pekikan kedua-dua anak lelakinya yang sedang bermain permainan komputer. Akan tetapi akhirnya, Makmang khayal dan belayar dalam mimpinya. Ketika isterinya Munah masuk hendak tidur, didapati suaminya, Makmang, telah berdengkur. Anak-anak perempuannya telah masuk ke bilik mereka, tetapi kedua-dua anak lelakinya terus asyik dengan komputer; dengan sebentar-bentar mereka tertawa berdekah-dekah dan sebentar-sebentar memekik-memekik; “Kill the bugger! Kill the bugger! ”

  Munah berbaring di sebelah suaminya, Makmang, tetapi matanya masih terkebil-kebil belum dapat tidur. Sebentar-sebentar ada bunyi-bunyi yang mengganggunya. Bunyi itu datang dari bilik airnya. Kadang-kadang, macam ada orang mengetuk-ngetuk pintunya dan kadang-kadang macam ada orang bercakap-cakap di depan pintunya. Munah pernah memberitahu hal tersebut kepada suaminya, Makmang, tetapi Makmang memberitahunya supaya jangan mengambil serius. Bunyi-bunyi itu katanya, hanyalah bunyi orang berbual-bual di kolong flatnya. Oleh kerana flatnya di tingkat dua tentulah macam-macam bunyi boleh didengarnya. Tambahan pula, di tingkat satu flatnya itu ada banyak kedai. Akan tetapi, pada suatu maghrib ketika dia hendak solat, tiba-tiba ada lipan merayap-rayap ke arahnya. Dan suaminya Makmang akan berkata; Mereka itu makhluk Allah juga. Mereka boleh menyerupai macam-macam, tetapi kita makhluk Allah yang taat kepada-Nya, bacalah Yasin tiga kali setiap selepas maghrib, insya-Allah, tak beranilah mereka mengacaunya lagi, insya-Allah.

  “Aduhh!... Aduhh!... Tolong!... Tolong!” tiba-tiba suara Makmang memekik-mekik dengan kuatnya di dalam tidurnya.

  “Mengucap bang! Mengucap bang!” sebut Munah sambil menggoyang-goyang tubuh suaminya.

  “Astagfirullahal ’adzim!” sebut Makmang beberapa kali, lalu dia bangun dan duduk. Menepuk-nepuk bantalnya kemudian dibalikkan kedudukan bantalnya.

  “Heh! Baru pukul sebelas lebih dah mengigau! Ini pasti pasal burunglah ni!”

  Makmang yang duduk di sebelah isterinya, lalu baring semula menarik selimutnya.

  “Betul...” sebut Makmang.

  “Apa yang betul?” tanya Munah.

  “Mula-mula burung merbuk yang sedang aku mandikan itu...” Dia berhenti dari berkata-kata. “Terlepas dari tangan aku, dan... aku segera mengejarnya... Burung itu, terbang ke semak-semak di depan flat kita... aku kejar juga, tapi... tapi...”

  “Tapi kenapa?” tanya isterinya.

  “Tapi... bila aku masuk ke semak-semak itu, tiba-tiba... tiba-tiba banyak sekali burung besar dan kecil, mematuk-matuk seluruh badan aku... Itulah tadi aku terpekik-pekik... astaghfirullah!... astaghfirullah!...” dan Makmang menarik nafas dalam-dalam.

  “Itu alamat, bang!”

  “Alamat apa pula.. alamat aku menang esok ke? Kalau gitu baiklah!”

  “Bukan itu, bang. Alamatnya supaya abang berhenti kerja mikat dan memelihara burung tu. Burung-burung itu makhluk juga bang... macam kita, dia nak bebas... nak balik ke alamnya yang luas dan bebas... bukan abang kurung dia dalam sangkar hari-hari! Kalau nak tau alamatnya... Berhentilah, lepaskan burung tu atau beri kat orang!”

  “Senangnya cakap awak! Beli beratus-ratus... nak beri percuma kepada orang?” lalu dia menarik selimut, memutarkan tubuhnya membelakangkan isterinya.

  Hampir pagi dia mengigau lagi, dan dikejut oleh isterinya lagi. Dia tidak bercerita apa-apa kepada isterinya. Selepas melihat jamnya sudah menunjukkan pukul 3.40 pagi dia terus masuk ke bilik air, mengambil wuduk untuk solat tahajud, seperti biasa. Isterinya menyambung tidurnya kerana dia selalu bangun kira-kira hampir jam 4.30 lebih.

  Setelah mengimami solat Subuh bagi seluruh keluarganya, Makmang masih duduk di atas sejadahnya di ruang tamu tempat mereka solat berjemaah. Isterinya ke dapur menyiapkan sarapan dan anak-anaknya kembali ke bilik masing-masing, menyambung tidur. Setelah berdoa panjang, dia membuka al-Quran dan menyambung di mana tempat dia berhenti membaca semalamnya. Selepas 15 minit, dia meletakkan al-Quran di tempatnya, lalu dia mendapatkan Munah di dapur. Air kopi panas segelas berasap telah siap untuknya,
dan dua biji telur separuh masak ada di ceper di sebelah kopinya.

  “Ngapa ngigau lagi semalam tadi, bang?” tanya isterinya lembut.

  Makmang yang sedang memecahkan telur pertama berhenti memerhatikan isterinya, Munah, kemudian ditenungnya selama beberapa saat wajah isterinya. Kemudian Makmang tunduk mengambil telur kedua dan dipecahkan lalu membubuh sedikit kicap dan lada putih, telur itu dikacaunya rata-rata. Kemudian, dia merenung isterinya kembali.

  “Aku bermimpi buruk malam tadi!” sebutnya lemah.

  “Dipatuk ular pulak, kerana jerit abang lebih kuat tadi malam!” Munah menyindir.

  Makmang menarik nafas dalam-dalam, lalu mengeluarkannya perlahan-lahan, kemudian membancuh lagi telur separuh masak yang ada ke dalam mangkuk. Selepas dia menghabiskan telur separuh masak itu, dia berkata, “Aku bergaduh dengan Kak Haji Dollah... dan dia bawa parang mengejarku, hendak diparangnya aku!”

  Dia mengeluh dan menggeleng-gelengkan kepalanya. “Apa ertinya mimpi itu, ya?” dia bertanya kepada dirinya sendiri.

  Ketika menghirup kopi panasnya, Munah isterinya bertanya, “Abang ada berselisih apa-apa dengan Kak Haji Dollah tak?”

  “Tak ada perkara besar yang kami berselisih. Cuma minggu lepas ada pendapat Kak Haji Dollah yang abang tegur. Lalu dia mengherdik dengan suara yang agak kuat daripada biasa, dia kata, ‘Apa yang kau tahu tentang agama? Tentang burung barangkali kau tahu...’ ”

  Selepas menyeripit kopi panasnya sekali lagi, Makmang menceritakan. Pada minggu lepasnya, mereka bertiga duduk-duduk di kedai kopi, minum kopi dan teh seperti biasa. Pada masa itulah Kak Haji Dollah menceritakan kepada dia dan Bang Usop bahawa dia ada bercerita kepada cucunya, seorang anak berumur sepuluh tahun yang berkulit putih, hidung mancung, mata terang besar, iaitu anak si Midah, anak perempuannya yang berkahwin dengan seorang lelaki Eropah yang katanya telah memeluk agama Islam. Tetapi anak perempuannya itu kini telah berpisah dengan suaminya kerana suami Midah, ketika si Midah baharu mengandung awal bulan, telah menyuruh Midah menggugurkan kandungannya. Suaminya belum mahu punya anak kerana dia hendak ‘enjoy’ dahulu. Midah menolak permintaan suaminya kerana kata Midah perkara itu melanggar hukum agama.

  “Apa hubungannya Kak Haji Dollah dengan cerita itu?” tanya Munah.

  Makmang meneguk kopinya lalu menyatakan bahawa yang menjadi punca pertikaian mereka berdua ialah apabila Kak Haji Dollah menceritakan kepada cucunya, Amir Wilson, bahawa cucunya itu harus jangan menyebelahi bapanya kalau nanti ditakdirkan Tuhan mereka bertemu. Dan, bila-bila masa Kak Haji Dollah datang bertemu cucunya dia mengajar cucunya supaya memusuhi bapanya, si Wilson Senior, orang Inggeris yang menyuruh Midah menggugurkan kandungannya. Dia memberitahu cucunya, bahawa perbuatan bapanya itu salah, berlawanan dengan hukum Islam. Kalau Midah mengikut perintah Wilson, barangkali cucunya si Amir itu tidak akan wujud.

  “Lalu, kenapa dengan abang pulak?” tanya Munah tak sabar.

  Makmang menghabiskan kopi di gelasnya, selepas mengelap-ngelap mulutnya dengan tisu. Makmang melanjutkan ceritanya bahawa dia menegur perbuatan Kak Haji Dollah itu sebagai tidak adil. Namun, dia bilang kepada Kak Haji Dollah dengan suara yang lembut supaya tidak menyinggung hati Kak Haji Dollah. Menurut Makmang, jika si Wilson bertemu anaknya selepas sepuluh tahun berpisah, siapa tahu mungkin Wilson sudah bertaubat, dan kemungkinan dia sekarang sudah menjadi orang Islam yang warak. Selain itu, kata Makmang, bahawa hubungan si anak itu dengan Wilsion amat kuat kerana mereka ada pertalian darah yang kuat. Di sini, Makmang memberitahu Kak Haji Dollah bahawa dia tidak ada hak untuk memisahkan hubungan antara anak dengan bapanya, walaupun sekarang si Midah sudah bersuami dengan orang lain.

  “Abang bercakap Kak Haji Dollah tak ada hak mencegah hubungan antara anak dan bapa. Itulah yang agaknya menyebabkan Kak Haji Dollah tersinggung!”

  Makmang cuba meyakinkan isterinya bahawa semasa dia bercakap dengan Kak Haji Dollah, dia bercakap lambat-lambat dan dengan suara yang lembut supaya tidak menyinggung hati Kak Haji Dollah. Tetapi Kak Haji Dollah sungguh marah. Katanya, “Apa kau tahu? Perbuatan kau tu lagi berdosa mengurung burung, dan perbuatan kau menghisap rokok tu makruh. Kau tak tahu ke?” Lalu dia berdiri dengan marah, “Apa yang kau tahu tentang agama? Jangan kau nak mengajar aku tau, Mang! Aku lebih tahu daripada kau pasal agama, tau tak? ” katanya dengan kasar, lalu dia meninggalkan dirinya dan Bang Usop. Bang Usop menjadi terpinga-pinga kebingungan.

  Suasana sepi seketika. Makmang memandang jauh keluar tingkap dapurnya.

  “Tapi... semalam petang dekat kedai Maydin... kita telah bergurau seperti biasa.. cuma dia sindir abang, ‘pikat burung, pelihara burung tu berdosa dan merokok tu makruh hukumnya...’ abang diam sahaja, abang tak cakap apa-apa pun, cuma abang ketawa-ketawa sahaja macam biasa, tak ada apa-apa.”

  “Munah dah cakap kepada abang... memang betul tu, kata Kak Haji Dollah. Berhentilah hobi gila burung tu dan berhentilah menghisap rokok tu. Jual burung-burung selagi dia masih hidup. Duitnya kumpul, boleh kita naik haji, bang, oii! Umur kita makin tua, bang! Dan kalau dihitung duit beli rokok satu hari tu berapa, satu bulan berapa,” sebut Munah sambil mengambil gelas kopi yang sudah kosong dan ceper untuk dicuci. Kelongsong telur dimasukkan ke dalam plastik untuk dibuangnya nanti.

  Makmang tidak memandang Munah, isterinya, dia diam memandang jauh keluar tingkap. Berfikir dan berfikir apa yang akan dilakukannya. Tetapi kemudian, dia bergerak menuju ke arah burung-burung di dalam sangkar, lalu diturunkan kedua-duanya untuk dibawa ke balai sebentar lagi.

  Mad about Birds

  BY SURATMAN MARKASAN

  Translated by Harry Aveling

  It was Saturday. Makmang only had to work half a day. The intense heat made his throat dry. But the group of boys, about ten in all, ignored the heat. They were playing football on the concrete area. Makmang walked quickly to Maydin’s shop, in the space at the base of his apartment block. There were two children there. One wore only a pair of shorts and was sucking a twelve-inch, multi-coloured ice-block wrapped in plastic. The girl by his side was probably his older sister. She was wearing a long skirt and blouse, with a cloth around her head. The metal mug in her hand was full of ice. Makmang entered the shop.

  “Maydin!” he shouted loudly. “Give me a bottle of Pepsi!”

  A tall thin South Indian man emerged and headed for the icebox, before shoving the bottle into Makmang’s hand. Makmang held out a five-dollar bill.

  Makmang sat on the bench outside the shop. He unbuttoned his shirt and blew on his chest, saying, “Oh my God, it is so hot!”

  “Do you think this is bad?” came a voice from a tall thin man.

  “Oh. Bang 1 Usop!” Makmang shouted.

  “What about the fires of Hell?”

  Makmang nodded as he poured the drink from the bottle into his mouth. “God willing those who always remember Allah will always be remembered by Him… That is what Ustaz2 Maksum says,” Makmang said pointedly.

  “And what about those who remember God… but do things that He doesn’t like?” Bang Usop replied with a smile.

  “God knows everything…” Makmang commented, “Those who bow their forehead to the ground in regular worship look different from those who don’t. You can see the mark on our foreheads, can’t you, Bang Usop?”

  The two men laughed happily and nodded.

  “Just like you, Bang Usop! Everyone can see the dark spot on your forehead,” Makmang said with a broad laugh. Usop laughed too and sat down beside Makmang. Maydin returned with Makmang’s change.

  “Would you like something to drink, Bang Usop?”

  “You’ve drunk the lot, and now you’re trying to offer me some… It’s fine. I had something at home.”

  Makmang sucked on the last drops of cola in the bottle. Kak Haji3 Dollah suddenly appeared on Makmang’s side.

  “Aren’t you going to catch birds today, Makmang?” Kak Haji Dollah asked him.

  After draining the last drops, Makmang looked at Bang Usop and Kak Haji Dollah. He had a long face and curly hair. “I thought I would… but it’s too hot. I’m burning up!” Then he pulled his unbuttoned shirt away
from his body and blew on his chest. “And there will be a bird song contest at the community hall tomorrow, Sunday. I want to teach my pigeon and my spotted dove how to sing properly. Who knows, I might just be lucky enough to win the competition!”

  Bang Usop took a Marlboro Gold and offered the packet to Makmang.

  “I don’t like them, Bang!”

  “I know that, but still…”

  “I prefer Lucky Strikes. Have you ever tried them?”

  “I don’t like them. They are too strong!”

  Makmang took out a packet from his trouser pocket and offered it to Bang Usop. Bang Usop merely shook his head. Kak Haji Dollah said nothing. He didn’t smoke.

  “These are better… They’re really cool… You don’t mind how hot it is when you smoke them!” Bang Usop blew small rings of smoke through his pursed lips. The two men daydreamed as they inhaled the very nicotine that could damage their hearts. Kak Haji Dollah shook his head. He covered his nose and mouth and said, “You guys never learn… You just waste your money all the time!”

  After reciting the afternoon prayers in his flat, Makmang stared at the birds in their cages. He thought about Kak Haji Dollah’s words earlier that day. “Some people pray and keep the fast, but they still disobey God!”

  “I think Kak Haji Dollah was mocking me,” he thought to himself. Then he remembered Bang Usop’s comment. “If a man is mad about birds, will he damage his faith or not?”

  Makmang considered the words of his two older friends and thought about their relevance to himself. He prayed regularly, fasted regularly, but he was mad about birds. Then he remembered what his wife said whenever she was angry at him. “You pray five times a day, but it makes no difference. You’re still mad about birds… so much so that you even forget your wife and kids!”

  “Is there a connection?” Makmang asked himself.

  Then he remembered his wife’s other words. “It doesn’t matter where you study religion, in a mosque or anywhere. They will all tell you that keeping birds in cages is a sin. Birds are like us. They want to be free, the way we do. But you lock them away.”

 

‹ Prev